Monday, July 16, 2007

Perkongsian Pintar sesama PKG Malaysia

Salam Sejahtera,

Selama ini kita mungkin menghadapi masalah untuk berkongsi sesama kita bahan-bahan yang penting. Biasanya pembekal email kita hanya membenarkan kapasiti fail yang tidak melebihi 50-100 Mb . kita tidak dapat menghantar fail-fail atau installer yang lebih besar kepada kawan kita yang memerlukannya.

Penyelesaian kepada masalah ini telah ditemui, terdapat satu perisian yang membolehkan kita memindahkan fail yang berkapasiti besar kepada rakan kita. Perisian ini hanya dapat dijalankan menggunakan browser Mozila Firefox iaitu All Peer.
Oleh itu tuan-tuan terpaksalah memasang perisian Firefox. Berikut ialah langkah-langkah pemasangannya.
i. downloads installer dan installkan browser firefox di http://en-us.www.mozilla.com/en-US/
ii. dapatkan extension untuk ALL PEER di
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/browse/type:1 atau di
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3234

iii. daftar dengan all peer secara online.
iv. masukkan atau invite rakan anda dengan menggunakan email mereka ( apa saja email diterima).
v. panduan sterusnya adalan secara " what you see is what you get".
vi. semasa perkongsian komputer hendaklah di "ON" kan, kerana ia melibatkan permindahan fail secara terus diantara komputer dengan komputer, seolah-olah kiat berada di satu bilik yang sama.















semoga kita dapat merapatkan jurang antara kita.
" PTPKita , PKG kita "

PTP PKG sungkai.

Saturday, July 14, 2007

SALAM PERKENALAN

Kepada semua PTP PKG seluruh Malaysia, salam perkenalan untuk semua. Harapan agar blog ini dapat mengeratkan lagi perhubungan dengan semua rangkaian seluruh Malaysia. Dapat bertukar-tukar pendapat di antara kita.

Terima Kasih.
PTP PKG Raja, Besut, Terengganu.

Thursday, July 12, 2007

Khidmat Bantu Sekolah Orang Asli dalam bidang ICT dan PSS

Pada tarikh 4-5 April 2007, seramai 18 orang pegawai dari PKG Daerah Batang Padang bersama pegawai dari BTPN Perak, PPD Daerah Batang Padang, telah membuat satu program Khidmat Bantu kepada sekolah-sekolah Pos ( asli ) Daerah ini. sekolah yang dipilih kali ini ialah Sekolah Kebangsaan Kampong Senta, dan Sekolah Kebangsaan Pos Gedung. Bidang yang diberikan tumpuan ialah perlaksanaan Schoolnet di realisasikan di sekolah terbabit walaupun lokasinya jauh di dalam Hutan Belantara. Juga di berikan khidmat bantu dalam membangunkan Pusat Sumber Sekolah.

Perjalan selama lebih kurang 4 jam meredah sungai dan hutan belantara dengan menggunakan kereta pacuan empat roda, tidah mematahkan semangat para pegawai yang terlibat. semoga usahan ini dapat memberikan sedikit semangat kepada para pendidik di sana untuk merealisasikan hasrat murni kementerian bagi tujuan "Kesamarataan Pendidikan".

Wednesday, July 11, 2007

Salam Dari PKG Marang

Saya PTP1 Pkg Marang mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput warga pkg marang menyertai blog ini. semoga kita dapat mengeratkan lagi hubungan mesra sesama pkg. terima kasih.

Sunday, July 8, 2007

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
Blog ini dibina khusus untuk memaparkan aktiviti semua PKG di Malaysia. Semua PKG dicadangkan untuk menghantar apa jua aktiviti suka duka PKG masing-masing. Pegawai PKG Berminat ikuti langkah berikut :-
1. Emailkan- email peribadi dan nama pkg anda ke pkgkita@yahoo.com
2. Apabila terima invitation dalam e mail tersebut ikut arahan yang diberikan.
3. Anda boleh mengeposkan apa jua aktiviti PKG anda
Selamat mencuba. Terima Kasih