Wednesday, September 12, 2007
Tuesday, August 7, 2007
Sekadar berkongsi.....2
Tambah audio ke laman web
Ia juga boleh dimainkan secara streaming, yang mana ianya boleh dimainkan serta-merta tanpa memindah turun keseluruhan fail audio itu.
Kemudahan pengubahan fail audio kepada format Flash sebelum ini memerlukan perisian Flash dan juga kepakaran di dalam arahan pengaturcaraan Flash Action Script.
Perisian yang membolehkan anda mengubah fail audio dari format MP3, atau merakamkan secara terus audio sendiri tanpa mengetahui arahan Action Script. Anda juga tidak perlu membeli perisian Flash yang mahal hanya untuk menambahkan audio ke dalam laman web.
Perisian yang dimaksudkan ialah Flash Sound Button yang boleh dipindah turunkan dari http://www.reutera.com. Versi demonstrasi didapati secara percuma. Jika didapati ia amat berguna untuk jangka masa panjang, anda boleh membelinya menerusi laman web yang sama.
Untuk mengubah format audio ke dalam format Flash yang lengkap dengan butang kawalan, anda hanya perlu mengikuti arahan berikut.
1. Pilih rupa bentuk butang kawalan yang hendak digunakan.
2. Rakamkan audio yang hendak digunakan atau pilih audio yang sudah siap dirakam.
3. Anda boleh mengawal audio yang sudah diubah kepada format Flash di peringkat preview.
4. Audio yang sudah diubah ke format Flash boleh disimpan dan digunakan. Jika ingin menambahkannya ke dalam laman web, arahan HTML juga ada disertakan sebagai panduan.
Apabila menggunakan kemudahan ini di dalam laman web, ia dapat membantu anda memberi penerangan kepada penunjung dengan lebih mesra.
Teknik ini amat berkesan jika digunakan di laman web pakar motivasi, penjualan barangan dan juga laman web yang menjual lagu-lagu atau nada dering.
Hasil dari pengubahan audio kepada format Flash ini juga boleh dihantar melalui email. Format ini lebih kecil dibandingkan dengan format audio lain seperti WAV, MP3 atau Real.
Terima kasih kepada teman yang selalu berkongsi ilmu.....
Sekadar berkongsi....
"Be not afraid of growing slowly, be afraid only of standing still."
*Chinese Proverb *
Wednesday, August 1, 2007
HUKUMAN ROTAN : WAJARKAH DILAKSANAKAN KEMBALI? SATU PERBINCANGAN
Saya ingin membawa perhatian semua kepada isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu isu disiplin pelajar yang semakin meruncing dewasa ini. Timbul persoalan tentang kewajaran hukuman merotan yang pernah diberikan kuasanya kepada tetapi telah dilarang mulai tahun 1983 ketika Tan Sri Murad Mohamed Noor menjadi Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Malaysia.Beliau dengan tegasnya mempertahankan tindakannya untuk menarik kembali kuasa guru dari merotan pelajar dengan alasan biarlah pelajar ini dididik dengan penuh hemah tetapi kesannya selepas 24 tahun ia dilaksanakan, apa yang dapat kita lihat ialah pelajar semakin bernai mempertikaikan tentang peraturan dan disiplin sekolah dan yang terbaru isu pelajar mencekik seorang guru perempuan yang sehingga kini diberitakan masih trauma dengan peristiwa yang berlaku walaupun kes itu telah diselesaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Bin Omar. apa yang kita lihat ialah apabila guru dizalimi, tiada pihak yang turun untuk melindungi tetapi apabila pelajar pula yang dizalimi, ramai yang berduyun-duyun turun menjadi hero untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam masa yang sama bebanan guru untuk meningkatkan prestasi akademik juga makin bertambah dari semasa ke semasa. Oleh kerana dua tiga orang pelajar yang bermasalah menyebabkan guru terlibat untuk dicop sebagai bermasalah dan diarahkan untuk berjumpa dengan kaunselor. Lucu sekali dan siapa yang harus dipersalahkan?
Bagi pendapat penulis, sekiranya hak merotan dikembalikan kepada guru, penulis yakin masalah dan gejala disiplin ini akan dapat dikurangkan. Bukanlah niat penulis untuk mewujudkan suasana ala tentera di sekolah tetapi untuk memastikan pembangunan modal insan terlaksana dengan lancar maka pendekatan ini perlu dilaksanakan demi memastikan disiplin pelajar akan kembali kepada disiplin yang memenuhi definisi modal insan sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan. Kita tidak mahu semua ini menjadi omongan kosong dan pada akhirnya generasi pelajar merangkap generasi pewaris kepemimpinan negara akan menjadi pemimpin yang kacau jiwanya, hancur disiplinnya serta musnah jatidirinya.
Penulis tidaklah bersetuju dengan tindakan sesetengah guru yang menjatuhkan hukuman berat kepada pelajar demi untuk mendisiplinkan pelajar tersebut tetapi antara sedar atau tidak ia bermula dari larangan demi larangan yang diarahkan oleh pelabagai versi surat pekeliling yang diedarkan dan akhirnya mungkin guru yang berkenaan terlalu 'tension' atau tertekan jadi mereka telah melakukan tindakan atau hukuman di luar batasan seperti yang berlaku di Sarawak. Penulis sudah mual melihatkan keadaan seperti begini berlaku, pada era penulis sebagai murid, pelajar dan juga sebagai guru, penulis melihat keperluan kuasa merotan ini dikembalikan kepada guru agar ia menjadi pemangkin kepada disiplin pelajar.
Inilah implikasi dari apa yang telah dilakukan hampir 25 tahun yang lalu apabila Kementerian Pelajaran melalui KPPM pada masa itu iaitu Tan Sri Murad bin Mohamed Noor telah mengeluarkan arahan untuk melarang keras hukuman rotan kerana beliau tidak percaya hukuman keras termasuk merotan boleh mendisiplinkan pelajar. Sebagaimana kesan yang kita lihat pada tulisan jawi yang mula "diharamkan" pada 1978 oleh Menteri Pelajaran Tun Khir Johari, kesannya kita lihat pada hari ini usaha untuk membudayakan semula tulisan Jawi ini sedang giat dijalankan oleh KeKKwa. KeKKwa menyedari bahawa ramai dalam kalangan Melayu sudah melupakan dan tidak tahu langsung mengenai tulisan Jawi pada hari ini. Kita tidak mahu generasi pelajar akan terus hanyut dalam dunia mereka sendiri. Saya amat yakin dengan perlaksanaan semula kuasa merotan oleh guru akan mengembalikan sinar yang makin pudar lantaran yakin dengan pendapat individu semata-mata. Saya amat yakin guru-guru amat sedar yang mereka tiada imuniti atau kekebalan untuk mempertahankan diri sekiranya melaksanakan hukuman tersebut, oleh sebab itulah kebanyakkan guru lebih suka membiarkan pelajar dengan cara mereka sendiri dan akibatnya sebagaimana yang kita lihat hari ini. sadis dan sedih nasib guru tidak dibela sewajarnya.
terima kasih,
Adikastara
Monday, July 23, 2007
SALAM DARI PKG CHERAS
Thursday, July 19, 2007
Majlis Bercemar Kaus YTM Tunku Besar Tampin
Semua pkg di dalam daerah Tampin dan Rembau telah dijemput sebagai jawatankuasa pameran bagi memeriahkan lagi majlis rasmi tersebut. Antara pkg yang terlibat ialah Tampin, Rembau, Kota, Johol, Gemencheh dan Gemas. Pameran yang diadakan adalah berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Baginda juga telah berkenan menandatangani buku pelawat di pameran itu.
Tuesday, July 17, 2007
Mini Pusat Sains Negara
Guru-guru dan murid-murid boleh mengembara ke alam sains yang penuh keajaiban. Ada 20 jenis peralatan dan perkakasan sains yang telah dibekalkan oleh Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.
Peralatan ini diletakkan secara tetap di pkg ini sepanjang tahun. Beberapa bahan yang menarik lagi akan ditambah oleh Pusat Sains Negara pada tahun 2007. Bahan-bahan ini dianggarkan bernilai RM100,000.00 (seratus ribu ringgit) akan dipamerkan untuk tujuan penyelidikan dan kajian sains.
Syarat-syarat lawatan:
- Terbuka kepada semua individu pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
- Sekolah yang membawa pelajar hendaklah tidak melebihi 40 orang termasuk guru.
Masa Lawatan:
- 8.30 pagi - 1.00 petang dan 2.30 petang - 4.30 petang (Isnin - Khamis)
- 8.30 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang - 4.30 petang (Jumaat)
Rakan Rakan dari Terengganu
Monday, July 16, 2007
SALAM PERKENALAN
Terima kasih.
PT, PKG Segamat Baru.
Perkongsian Pintar sesama PKG Malaysia
Selama ini kita mungkin menghadapi masalah untuk berkongsi sesama kita bahan-bahan yang penting. Biasanya pembekal email kita hanya membenarkan kapasiti fail yang tidak melebihi 50-100 Mb . kita tidak dapat menghantar fail-fail atau installer yang lebih besar kepada kawan kita yang memerlukannya.
Penyelesaian kepada masalah ini telah ditemui, terdapat satu perisian yang membolehkan kita memindahkan fail yang berkapasiti besar kepada rakan kita. Perisian ini hanya dapat dijalankan menggunakan browser Mozila Firefox iaitu All Peer.
Oleh itu tuan-tuan terpaksalah memasang perisian Firefox. Berikut ialah langkah-langkah pemasangannya.
i. downloads installer dan installkan browser firefox di http://en-us.www.mozilla.com/en-US/
ii. dapatkan extension untuk ALL PEER di
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/browse/type:1 atau di
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3234
iii. daftar dengan all peer secara online.
iv. masukkan atau invite rakan anda dengan menggunakan email mereka ( apa saja email diterima).
v. panduan sterusnya adalan secara " what you see is what you get".
vi. semasa perkongsian komputer hendaklah di "ON" kan, kerana ia melibatkan permindahan fail secara terus diantara komputer dengan komputer, seolah-olah kiat berada di satu bilik yang sama.
semoga kita dapat merapatkan jurang antara kita.
" PTPKita , PKG kita "
PTP PKG sungkai.
Saturday, July 14, 2007
SALAM PERKENALAN
Terima Kasih.
PTP PKG Raja, Besut, Terengganu.
Thursday, July 12, 2007
Khidmat Bantu Sekolah Orang Asli dalam bidang ICT dan PSS
Perjalan selama lebih kurang 4 jam meredah sungai dan hutan belantara dengan menggunakan kereta pacuan empat roda, tidah mematahkan semangat para pegawai yang terlibat. semoga usahan ini dapat memberikan sedikit semangat kepada para pendidik di sana untuk merealisasikan hasrat murni kementerian bagi tujuan "Kesamarataan Pendidikan".