Guru-guru dan murid-murid boleh mengembara ke alam sains yang penuh keajaiban. Ada 20 jenis peralatan dan perkakasan sains yang telah dibekalkan oleh Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.
Peralatan ini diletakkan secara tetap di pkg ini sepanjang tahun. Beberapa bahan yang menarik lagi akan ditambah oleh Pusat Sains Negara pada tahun 2007. Bahan-bahan ini dianggarkan bernilai RM100,000.00 (seratus ribu ringgit) akan dipamerkan untuk tujuan penyelidikan dan kajian sains.
Syarat-syarat lawatan:
- Terbuka kepada semua individu pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
- Sekolah yang membawa pelajar hendaklah tidak melebihi 40 orang termasuk guru.
Masa Lawatan:
- 8.30 pagi - 1.00 petang dan 2.30 petang - 4.30 petang (Isnin - Khamis)
- 8.30 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang - 4.30 petang (Jumaat)
No comments:
Post a Comment