Thursday, July 19, 2007

Majlis Bercemar Kaus YTM Tunku Besar Tampin

Pada 18 Julai 2007 (Rabu), Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus telah berkenan mengadakan lawatan kerja baginda ke Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau. Majlis sambutan sempena lawatan baginda bermula jam 10.00 pagi di Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau.

Turut mengiringi lawatan baginda ialah Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Encik Mohd. Yasin b. Mohd Yunus dan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau, Encik Musa b. Ahmad. Di majlis berkenaan, baginda telah bertitah bahawa warga pendidik perlu memainkan peranan yang penting untuk membentuk generasi yang akan datang.

Semua pkg di dalam daerah Tampin dan Rembau telah dijemput sebagai jawatankuasa pameran bagi memeriahkan lagi majlis rasmi tersebut. Antara pkg yang terlibat ialah Tampin, Rembau, Kota, Johol, Gemencheh dan Gemas. Pameran yang diadakan adalah berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Baginda juga telah berkenan menandatangani buku pelawat di pameran itu.

No comments: