Salam perkenalan dari PKG Cheras.Jika ada berita @ peristiwa menarik kami akan cuba paparkan di sini.Sila klik gambar PKG Cheras untuk lihat berita
Monday, July 23, 2007
Thursday, July 19, 2007
Majlis Bercemar Kaus YTM Tunku Besar Tampin
Pada 18 Julai 2007 (Rabu), Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus telah berkenan mengadakan lawatan kerja baginda ke Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau. Majlis sambutan sempena lawatan baginda bermula jam 10.00 pagi di Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau.
Semua pkg di dalam daerah Tampin dan Rembau telah dijemput sebagai jawatankuasa pameran bagi memeriahkan lagi majlis rasmi tersebut. Antara pkg yang terlibat ialah Tampin, Rembau, Kota, Johol, Gemencheh dan Gemas. Pameran yang diadakan adalah berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Baginda juga telah berkenan menandatangani buku pelawat di pameran itu.
Turut mengiringi lawatan baginda ialah Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Encik Mohd. Yasin b. Mohd Yunus dan Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan Rembau, Encik Musa b. Ahmad. Di majlis berkenaan, baginda telah bertitah bahawa warga pendidik perlu memainkan peranan yang penting untuk membentuk generasi yang akan datang.
Semua pkg di dalam daerah Tampin dan Rembau telah dijemput sebagai jawatankuasa pameran bagi memeriahkan lagi majlis rasmi tersebut. Antara pkg yang terlibat ialah Tampin, Rembau, Kota, Johol, Gemencheh dan Gemas. Pameran yang diadakan adalah berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Baginda juga telah berkenan menandatangani buku pelawat di pameran itu.
Tuesday, July 17, 2007
Mini Pusat Sains Negara
Pameran Mini Pusat Sains Negara terletak di bangunan PKG Gemencheh. Telah dibuka secara percuma untuk umum sejak Ogos 2005. Ia adalah satu-satunya pkg yang dijadikan oleh Pusat Sains Negara sebagai cawangan mininya di Malaysia.
Guru-guru dan murid-murid boleh mengembara ke alam sains yang penuh keajaiban. Ada 20 jenis peralatan dan perkakasan sains yang telah dibekalkan oleh Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.
Peralatan ini diletakkan secara tetap di pkg ini sepanjang tahun. Beberapa bahan yang menarik lagi akan ditambah oleh Pusat Sains Negara pada tahun 2007. Bahan-bahan ini dianggarkan bernilai RM100,000.00 (seratus ribu ringgit) akan dipamerkan untuk tujuan penyelidikan dan kajian sains.
Syarat-syarat lawatan:

- Terbuka kepada semua individu pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
- Sekolah yang membawa pelajar hendaklah tidak melebihi 40 orang termasuk guru.
Masa Lawatan:
- 8.30 pagi - 1.00 petang dan 2.30 petang - 4.30 petang (Isnin - Khamis)
- 8.30 pagi - 12.00 tengahari dan 3.00 petang - 4.30 petang (Jumaat)
Rakan Rakan dari Terengganu
Monday, July 16, 2007
SALAM PERKENALAN
Kepada semua PTP dan PT (Pembantu Tadbir) PKG seluruh Malaysia, salam perkenalan untuk semua. Saya sebagai PT di PKG berharap blog ini dapat diperluaskan ke semua PT seluruh Malaysia. Semoga cadangan saya ini dapat persetujuan daripada semua yang melayari blog ini.
Terima kasih.
PT, PKG Segamat Baru.
Terima kasih.
PT, PKG Segamat Baru.
Perkongsian Pintar sesama PKG Malaysia
Salam Sejahtera,
Selama ini kita mungkin menghadapi masalah untuk berkongsi sesama kita bahan-bahan yang penting. Biasanya pembekal email kita hanya membenarkan kapasiti fail yang tidak melebihi 50-100 Mb . kita tidak dapat menghantar fail-fail atau installer yang lebih besar kepada kawan kita yang memerlukannya.
Penyelesaian kepada masalah ini telah ditemui, terdapat satu perisian yang membolehkan kita memindahkan fail yang berkapasiti besar kepada rakan kita. Perisian ini hanya dapat dijalankan menggunakan browser Mozila Firefox iaitu All Peer.
Oleh itu tuan-tuan terpaksalah memasang perisian Firefox. Berikut ialah langkah-langkah pemasangannya.
i. downloads installer dan installkan browser firefox di http://en-us.www.mozilla.com/en-US/
ii. dapatkan extension untuk ALL PEER di
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/browse/type:1 atau di
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3234
iii. daftar dengan all peer secara online.
iv. masukkan atau invite rakan anda dengan menggunakan email mereka ( apa saja email diterima).
v. panduan sterusnya adalan secara " what you see is what you get".
vi. semasa perkongsian komputer hendaklah di "ON" kan, kerana ia melibatkan permindahan fail secara terus diantara komputer dengan komputer, seolah-olah kiat berada di satu bilik yang sama.
semoga kita dapat merapatkan jurang antara kita.
" PTPKita , PKG kita "
PTP PKG sungkai.

Saturday, July 14, 2007
SALAM PERKENALAN
Kepada semua PTP PKG seluruh Malaysia, salam perkenalan untuk semua. Harapan agar blog ini dapat mengeratkan lagi perhubungan dengan semua rangkaian seluruh Malaysia. Dapat bertukar-tukar pendapat di antara kita.
Terima Kasih.
PTP PKG Raja, Besut, Terengganu.
Terima Kasih.
PTP PKG Raja, Besut, Terengganu.
Thursday, July 12, 2007
Khidmat Bantu Sekolah Orang Asli dalam bidang ICT dan PSS
Pada tarikh 4-5 April 2007, seramai 18 orang pegawai dari PKG Daerah Batang Padang bersama pegawai dari BTPN Perak, PPD Daerah Batang Padang, telah membuat satu program Khidmat Bantu kepada sekolah-sekolah Pos ( asli ) Daerah ini. sekolah yang dipilih kali ini ialah Sekolah Kebangsaan Kampong Senta, dan Sekolah Kebangsaan Pos Gedung. Bidang yang diberikan tumpuan ialah perlaksanaan Schoolnet di realisasikan di sekolah terbabit walaupun lokasinya jauh di dalam Hutan Belantara. Juga di berikan khidmat bantu dalam membangunkan Pusat Sumber Sekolah.
Perjalan selama lebih kurang 4 jam meredah sungai dan hutan belantara dengan menggunakan kereta pacuan empat roda, tidah mematahkan semangat para pegawai yang terlibat. semoga usahan ini dapat memberikan sedikit semangat kepada para pendidik di sana untuk merealisasikan hasrat murni kementerian bagi tujuan "Kesamarataan Pendidikan".

Wednesday, July 11, 2007
Salam Dari PKG Marang
Saya PTP1 Pkg Marang mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput warga pkg marang menyertai blog ini. semoga kita dapat mengeratkan lagi hubungan mesra sesama pkg. terima kasih.
Sunday, July 8, 2007
Assalamualaikum, dan salam sejahtera.
Blog ini dibina khusus untuk memaparkan aktiviti semua PKG di Malaysia. Semua PKG dicadangkan untuk menghantar apa jua aktiviti suka duka PKG masing-masing. Pegawai PKG Berminat ikuti langkah berikut :-
1. Emailkan- email peribadi dan nama pkg anda ke pkgkita@yahoo.com
2. Apabila terima invitation dalam e mail tersebut ikut arahan yang diberikan.
3. Anda boleh mengeposkan apa jua aktiviti PKG anda
Selamat mencuba. Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)